Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
BANGUNAN

Maksud Tambahan dan Ubahsuai Bangunan

  1. Semua kerja-kerja pemecahan melibatkan dinding asal bangunan.
  2. Semua kerja-kerja tambahan kepada bangunan asal (menambah keluasan lantai)
  3. Semua kerja-kerja ubah suai dan susun atur dalaman bangunan.
  4. Pembinaan anjung kereta dan pagar batu (termasuk pintu pagar dan kebuk sampah).
  5. Lain-lain tambahan/ ubah suai yang dinyatakan dalam Akta 133, Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2007).

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pemohon bagi mengemukakan Pelan Bangunan

  1. Pemilik bangunan dikehendaki melantik seorang arkitek atau pelukis pelan bangunan berdaftar dan jurutera perunding bertauliah jika melibatkan kerja-kerja konkrit bertetulang.
  2. Pemohon (arkitek / pelukis pelan bangunan berdaftar) hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilengkapkan / dipatuhi semasa permohonan dikemukakan.

Borang yang perlu diisi oleh pemohon

  1. Borang A :

    Perakuan Pelan-pelan Bangunan / Struktur (Jadual Kedua Undang-Undang Kecil 3 (1) (c) dan 16 (2), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2007) (bagi endorsemen atas pelan-pelan untuk diluluskan)

  2. Borang Kiraan Proses Pelan Bangunan Dan Fi Pendahuluan Sisa Bahan Binaan.

 

Halaman: 1  2  

KALENDAR
06 September 2010
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
lagi peristiwa