MENU

 

UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN

a.    Kawalan Pemajuan

  1.  Memberi khidmat nasihat perancangan kepada pemaju/ pemilik tanah sebelum permohonan kebenaran merancang bagi membangunkan tanah dikemukakan kepada Majlis melalui Unit OSC.
  2. Menyemak dan mengeluarkan ulasan teknikal perancangan berdasarkan garis panduan perancangan bagi permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan untuk pertimbangan Majlis.
  3. Mengawal selia dan memastikan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan adalah selaras dengan prosedur permohonan dengan mengambilkira peruntukan undang-undang yang diguna pakai.
  4. Menganggotai Jawatankuasa OSC sebagai Agensi Teknikal Dalaman.

b.    Penguatkuasaan Akta 172

  1. Merangka dan menyeragamkan prosedur penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 172.
  2. Merangka dan menyediakan dasar-dasar berkaitan perancangan bandar di peringkat Majlis.
  3. Memberi pandangan dan nasihat kepada Yang Dipertua dan Jawatankuasa berkenaan kesalahan-kesalahan dan tindakan yang boleh dikenakan selaras dengan peruntukan Akta 172.
  4. Menjalankan pemantauan bersama Unit Penguatkuasaan Majlis dan Unit Bangunan Majlis bagi mengawal pemajuan tanpa kebenaran merancang.
  5. Menyediakan laporan siasatan bagi kesalahan di bawah Akta 172 yang dilaporkan untuk tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan.
  6. Merangka program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bekenaan kesalahan di bawah Akta 172.

c.    Pengurusan Kemampanan Bandar

  1. Mengawal selia fungsi Rancangan Pemajuan dan memastikan pembangunan tanah yang dilaksanakan selaras dengan Rancangan Pemajuan.
  2. Melaksanakan program-program berkaitan kemampanan bandar sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

d.    Pengurusan Maklumat Guna Tanah (GIS)

  1. Mengawal selia pelan guna tanah (zon guna tanah, guna tanah semasa, guna tanah komited) agar selaras dengan Rancangan Pemajuan dan pembangunan semasa.
  2. Memantau perubahan data guna tanah kesan daripada pembangunan tanah yang diluluskan di peringkat kebenaran merancang.
  3. Memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penggunaan aplikasi maklumat guna tanah sebagai sumber maklumat pembangunan tanah.