MENU

NOTIS PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN

 

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 18 Mac hingga 31 Mac 2020, aktiviti perniagaan di kawasan di Daerah Pasir Mas hanya beroperasi sebagaimana berikut :

 

BIL

JENIS PREMIS

WAKTU OPERASI DIBENARKAN

1.

Kedai/Premis makanan terhad, perkhidmatan penghantaran(delivery), pandu lalu(drive-thru) dan bungkus

7.00 pagi hingga 7.00 malam

2.

Pasaraya,kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam

7.00 pagi hingga 7.00 malam

3.

Pasar awam, Pasar Besar, Pasar Basah

7.00 pagi hingga 1.00 tengahari

4.

Stesen minyak

7.00 pagi hingga 7.00 malam

 

PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN SELAIN DI ATAS YANG TIDAK MELIBATKAN PERKHIDMATAN PENTING NEGARA (ESSENTIAL SERVICE) HENDAKLAH DITUTUP SEPENUHNYA.

 

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dikehendaki mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas pihak tuan/puan. Arahan ini adalah selaras dengan AKTA 342, AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 dan tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa. Kegagalan pematuhan kepada arahan ini SATU KESALAHAN JENAYAH dan boleh dikenakan HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN, DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

 

Arahan ini berkuatkuasa mulai 22 Mac 2020 ( Ahad)

 

 

Dengan perintah,

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PASIR MAS