Mengadakan kemudahan infrastukutur seperti jalan raya, lampu jalan, perlongkangan kepada penduduk dalam kawasan pentadbirannya.
Membuat pungutan sampah yang berkesan dan bersistematik.
Menyusun struktur bandar supaya lebih teratur, kemas dan bersih sesuai dengan perkembangan semasa.
Melaksanakan projek-projek pembangunan berasaskan ekonomi kepada majlis seperti membina gerai, bangunan kedai, kompleks dan pasar.
Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin keadaan bandar menjadi bersih, indah dan menarik.
Mempertingkatkan jentera organisasi pentadbiran dan pengurusan majlis supaya dapat menyalurkan perkhidmatan Kerajaan Tempatan dengan amanah, cekap dan berkesan,
Menambah kewangan daripada punca-punca hasil yang dibenarkan dalam Akta 171 dan lain-lain sumber dalam menuju wawasan majlis daerah berdikari.
Menyediakan daerah rekreasi, padang permainan, taman dan kawasan lapang.
Mempertingkatkan pembersihan longkang, jalan, parit, sisa-sisa pepejal dan pemotongan rumput.
Menyediakan rancangan struktur majlis dan Pelan Tempatan Rantau Panjang.
Mengawal pembinaan bangunan, parit, longkang, jalan dan lain-lain yang berkaitan.
Menjaga keselamatan, kesihatan, kebersihan dan mengelak gangguan.