Pembersihan Tempat Awam
- Tempat-tempat awam seperti tandas awam, perhentian teksi, bas pasar dan sebagainya mesti sentiasa dalam keadaan bersih.
Pembersihan Kerja-Kerja Pembinaan
- Semua kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Majlis , JKR, JPS, orang persendirian dan sebagainya sentiasa diawasi supaya sisa pepejal dan lain-lain dalam kawasannya sentiasa dalam keadaan bersih
Pembersiahan Tangki Septik
- Perkhidmatan mengosongkan tangki septik, dibuat dalam masa tiga hari daripada tarikh pembayaran.
Perkhidmatan Kawasan Perumahan
- Kawasan perumahan yang baru siap perkhidmatan diberi sebaik sahaja Sijil Kelayakan Duduk (SKD) dikeluarkan.
Amalan Konsep "AL-TA'AWUN" Tolong Menolong
Menyediakan Tong Sampah
- Anda diwajibkan menyedia tong sampah bertutup rapat dan meletakkanya di tempat yang sesuai supaya sampah senang dikosongkan.
Meyediakan Beg Plastik
- Anda hendaklah memasukkan sampah-sarap ke dalam beg plastik, diikat kuat-kuat dan dimasukkan ke dalam bekas sampah.