MENU
  • Mengadakan kemudahan infrastukutur seperti jalan raya, lampu jalan, perlongkangan kepada penduduk dalam kawasan pentadbirannya.
  • Membuat pungutan sampah yang berkesan dan bersistematik.
  • Menyusun struktur bandar supaya lebih teratur, kemas dan bersih sesuai dengan perkembangan semasa.
  • Melaksanakan projek-projek pembangunan berasaskan ekonomi kepada majlis seperti membina gerai, bangunan kedai, kompleks dan pasar.
  • Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin keadaan bandar menjadi bersih, indah dan menarik.
  • Mempertingkatkan jentera organisasi pentadbiran dan pengurusan majlis supaya dapat menyalurkan perkhidmatan Kerajaan Tempatan dengan amanah, cekap dan berkesan,
  • Menambah kewangan daripada punca-punca hasil yang dibenarkan dalam Akta 171 dan lain-lain sumber dalam menuju wawasan majlis daerah berdikari.
  • Menyediakan daerah rekreasi, padang permainan, taman dan kawasan lapang.
  • Mempertingkatkan pembersihan longkang, jalan, parit, sisa-sisa pepejal dan pemotongan rumput.
  • Menyediakan rancangan struktur majlis dan Pelan Tempatan Rantau Panjang.
  • Mengawal pembinaan bangunan, parit, longkang, jalan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menjaga keselamatan, kesihatan, kebersihan dan mengelak gangguan.