MENU

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Negeri Kelantan

 

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bagi peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Padang Perdana Kota Bharu pada 31 Ogos 2012. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat.

Majlis sambutan ini telah dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk peserta perbarisan yang terdiri daripada 59 kontinjen jabatan kerajaan negeri, pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kontinjen daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diumumkan sebagai johan perbarisan dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil. Tempat kedua dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu ditempat ketiga.

Majlis disemarakkan dan dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dan persembahan-persembahan kebudayaan antaranya deklamasi sajak, pentomen dan pertunjukan seni mempertahankan diri PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Kelantan pada tahun ini bertemakan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', 'Kelantan Menerajui Perubahan'.