MENU

NOTIS PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN BULAN RAMADHAN

Berdasarkan arahan Kerajaan Negeri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikut adalah perincian operasi perniagaan dalam bulan Ramadhan 1441H:

 

BIL

JENIS PREMIS

WAKTU OPERASI DIBENARKAN

1.

Premis Makan Segera Dan Premis-Premis Makanan Yang Berlesen Dengan MDPM.  Perkhidmatan Penghantaran, Pandu Lalu Dan Bungkus Sahaja.

3.00 Petang sehingga 6.30 Petang

2.

Pasaraya,Kedai Runcit, Kedai Serbaneka 24 Jam

7.00 pagi hingga 7.00 malam

3.

Pasar awam, Pasar Besar, Pasar Basah

7.00 pagi hingga 1.00 tengahari

4.

Stesen Minyak

7.00 pagi hingga 7.00 malam

5.

Bank-bank Perdagangan (Mesin ATM)

7.00 pagi hingga 7.00 malam

6.

Bazar Ramadhan Dan Aktiviti Jualan Secara Berkelompok Menggunakan Khemah Atau Gerai

TIDAK DIBENARKAN

7.

Penjaja/Gerai Sementara/Gerai Di Bahu Jalan

TIDAK DIBENARKAN

8.

Peniaga Di Hadapan Rumah Persendirian Bagi Tujuan Jualan Pada Bulan Ramadhan

TIDAK DIBENARKAN

 

Semua pengusaha premis perniagaan yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan  ini hendaklah mematuhi dan melaksanakan semua langkah pencegahan penularan wabak Covid-19

 

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dikehendaki mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas pihak tuan/puan. Arahan ini adalah selaras dengan AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171), UNDANG – UNDANG KECIL TRED PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN MDPM 2004 dan UNDANG - UNDANG KECIL PENJAJA MDPM 2009 serta selaras dengan  AKTA 342, AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 dan tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa. Kegagalan pematuhan kepada arahan ini SATU KESALAHAN JENAYAH dan boleh dikenakan HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN, DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI

 

Tarikh Kuatkuasa Notis  24 April 2020

 

Dengan perintah,

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PASIR MAS