MENU

MAJLIS DAERAH PASIR MAS

PEMAKLUMAN ARAHAN PELANJUTAN TEMPOH KUATKUASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS MDPM, PENUTUPAN PREMIS PERNIAGAAN,NOTIS PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN DAN SURAT PENGOPERASIAN INSTITUSI PERBANKAN

 

Notis dan surat berikut adalah dirujuk:

  1. Notis Penutupan Premis Mdpm Bertarikh 17 Mac 2020
  2. Notis Penutupan Premis Perniagaan Bertarikh 17 Mac 2020
  3. Notis Pengoperasian Premis Perniagaan Bertarikh 21 Mac 2020
  4. Surat Pengoperasian Kepada Institusi Perbankan Bertarikh 24 Mac 2020
  5. Surat Arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bertarikh 31 Mac 2020
  6. Pemakluman Arahan Pelanjutan Kuatkuasa Pkp Majlis Daerah Pasir Mas Bertarikh 31 Mac 2020
  7. Surat Arahan Penutupan Semua Premis Kerajaan Oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bertarikh 31 April 2020

 

Selaras dengan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia bertarikh 10 April 2020 mengenai pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19 sehingga 28 April 2020 di seluruh negara, dengan ini dimaklumkan arahan penutupan premis kekal ditutup kecuali premis-premis yang melibatkan perkhidmatan penting negara (essential services).

 

JUSTERU lTU, pematuhan semua notis dan pemakluman MDPM sebagaimana di atas adalah dilanjutkan kuatkuasa kepada 28 April 2020 / 5 Ramadhan 1441H

 

Pelaksanaan notis, arahan dan tindakan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDPM 2004 dan Undang-undang Kecil Penjaja MDPM 2009 SERTA Selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 Dan Akta Polis 1967 dengan dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

 

Sekian dimaklumkan.

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH PASIR MAS

BERTARIKH : 14 APRIL 2020 |  20 SYAABAN 1441