MENU

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGUSAHA DAN PENGHANTAR MAKANAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI JAJAHAN PASIR MAS

 

1. Permohonan “PENDAFTARAN PENGUSAHA DAN PENGHANTAR MAKANAN”adalah terhad untuk urusan-urusan pergerakan perkhidmatan penghantaran makanan yang dilaksanakan oleh pengusaha premis perniagaan berlesen dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas sahaja.

2.         Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah untuk ‘Rider’ perkhidmatan penghantaran makanan terhad bagi pergerakan untuk penghantaran makanan meliputi radius 10kilometer dari premis perniagaan/pusat pengumpulan juadah E-Ramadan.

3. Kelulusan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pasir Mas dengan syarat-syarat berikut:

 

TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA :

  • Pengusaha perlu mematuhi Undang – Undang Kecil Tred Perniagaan Perindustrian Mdpm 2004 dan lain-lain UUK yang berkaitan atau syarat Pelesenan MDPM.
  • Pengusaha perlu mematuhi Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Produk Makanan yang dijual secara dalam talian,Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pengusaha wajib mendaftarkan penghantar makanan yang dilantik dengan PBT.
  • Pengusaha perlu menyimpan rekod maklumat pesanan.
  • Pengusaha perlu menyediakan termometer untuk pemeriksaan tahap bacaan pekerja dalam keadaan sihat.
  • Memastikan pekerja yang mempunyai bacaan melebihi kadar tidak sihat (37.5) adalah tidak dibenarkan memasuki premis dan merujuk pekerja berkenaan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan.

 

PERLINDUNGAN DI PREMIS PENYEDIAAN

  • Menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di premis penyediaan makanansekurang-kurangnya sekali setiap hari.
  • Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerahjika terdapat pekerja yang dijangkiti Covid 19 dan MENUTUP SERTA-MERTA premis perniagaan.

 

 

TANGGUNGJAWAB PENGHANTAR :

  • Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti mempuyai lesen memandu yang sah, cukai jalan, insuran dan lain-lain syarat.
  • Mematuhi Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Produk Makanan yang dijual secara dalam talian KKM seperti memakai penutup muka, menjaga kebersihan diri dan lain-lain syarat yang berkaitan kesihatan.
  • Melaksanakan self-regulating health checker secara berkala seperti pemeriksaan suhu badan, mengesan simptom demam, selsema, batuk dan sebagainya.
  • Tidak dibenarkan bekerja jika tidak sihat.

 

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN BAGI PELANGGAN

  • Penghantar hendaklah memastikanjarak 1 meter penjarakan sosial (social distancing) semasa penyerahan dilakukan kepada pelanggan.
  • Memastikan urusniaga penghantaran dilaksanakan dalam tempoh singkat bagi mengelakkan risiko jangkitan.

 

LAIN-LAIN SYARAT KEPADA PENGUSAHA PREMIS MAKANAN DAN PENGHANTAR:

MASA OPERASI PENGHANTARAN

Bulan Ramadan : Dari 3:00 petang hingga 6:30 petang.

 

PENGUSAHA DAN PEKERJA

Memiliki Kad Kesihatan yang sah.

 

4. Permohonan yang diterima adalah tertakluk kepada pertimbangan  dan sebarang keputusan adalah muktamad.

 

5. Pihak Majlis Daerah Pasir Mas akan mengeluarkan surat kelulusan pendaftaran kepada pengusaha serta memaklumkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Kesihatan Daerah.