MENU

Akta-akta parlimen yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan akta parlimen yang menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab Majlis secara menyeluruh. Antara perkara-perkara yang digariskan dalam akta ini ialah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan:

Bullet Pengurusan Sisa Pepejal
Bullet Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
Bullet Penyenggaraan Parit Dan Longkang
Bullet Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
Bullet Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
Bullet Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
Bullet Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
Bullet Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

b) Kuasa mengadakan Undang-Undang Kecil dan Peraturan

c) Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

Bullet Cukai Taksiran
Bullet Bayaran-bayaran Lesen & Denda
Bullet Geran Pelancaran
Bullet Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
Bullet Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
Bullet Geran Penyenggaraan Jalan

d) Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:
Bullet Perumahan
Bullet Perindustrian & Perdagangan
Bullet Kemudahan-kemudahan Rekreasi
Bullet Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bertindak dan berfungsi sebagai instrumen perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Antara fungsi dan kuasa Majlis  dibawah akta ini ialah:

a) Majlis Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya

b) Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya

c) Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya
d) Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) merupakan akta yang memberikan kuasa kepada Majlis dalam perkara berkaitan pengurusan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Antara kuasa-kuasa Majlis dibawah akta ini ialah:

a) Meluluskan Pelan Bangunan

b) Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak- kehendak Yang Ditetapkan
c) Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan

d) Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

e) Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan

f) Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan

g) Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya

h) Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap

i) Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Dibawah akta ini, Majlis berkuasa untuk mengadakan perintah-perintah berkaitan dengan jalan-jalan awam dikawasan Majlis merangkumi perintah seperti tatacara meletak kenderaan, dan larangan penggunaan jalan dikawasan Majlis.