MENU

Akta-akta parlimen yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan akta parlimen yang menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab Majlis secara menyeluruh. Antara perkara-perkara yang digariskan dalam akta ini ialah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan:

  Pengurusan Sisa Pepejal
  Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
  Penyenggaraan Parit Dan Longkang
  Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
  Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
  Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
  Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
  Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

b) Kuasa mengadakan Undang-Undang Kecil dan Peraturan

c) Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

  Cukai Taksiran
  Bayaran-bayaran Lesen & Denda
  Geran Pelancaran
  Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
  Geran Penyenggaraan Jalan

d) Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

  Perumahan
  Perindustrian & Perdagangan
  Kemudahan-kemudahan Rekreasi
  Infrastruktur Bandaran