MENU

Soalan 1:

Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Jawapan: 

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.


Soalan 2:

Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Jawapan:

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

Soalan 3:

Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?

Jawapan: 

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

Soalan 4:

Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

Jawapan:

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Soalan 5:

Apakah warna tong kitar semula?

Jawapan:

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

Warna Biru - Untuk kertas

Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik

Warna Coklat - Untuk kaca

Soalan 6:

Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

Jawapan:

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

Soalan 7:

Apakah yang menyebabkan berlakunya demam denggi?

Jawapan: 

Virus denggi.

Soalan 8:

Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?

Jawapan:

Nyamuk Aedes.

Soalan 9:

Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

Jawapan:

145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Soalan 10:

Apa yang dimaksudkan dengan cukai kadaran?

Jawapan:

Cukai Kadaran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas seperti rumah kediaman, harta perniagaan(kedai, komplek, hotel dan sebagainya), harta perindustrian (kilang, pelabuhan dan sebagainya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan).

Soalan 11:

Mengapa cukai kadaran dikenakan ke atas tanah oleh Majlis Daerah Pasir Mas sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?

Jawapan:

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai Kadaran yang dikenakan oleh MDPM adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Soalan 12:

Bolehkah cukai kadaran diberi pelepasan?

Jawapan:

Cukai kadaran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Telefon : 09-7916666/ 09-7916777
Faks : 09-7916999
email : mdpm@kelantan.gov.my