Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
Projek Akan Datang

PROGRAM BANDAR SELAMAT

1.0    PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini bertujuan menyahut seruan untuk merangka dan membentuk satu program dan persekitaran perbandaran yang selamat kearah pembangunan sosial, ekonomi, kependudukan yang positif dan kompetitif.

1.1    Pengenalan

Pasir Mas merangkumi kawasan seluas 577 kilometer persegi yang bersempadanan dengan Tumpat di utara, Tanah Merah di selatan, Kota Bharu di timur dan pada sebelah barat ianya berkongsi sempadan dengan Thailand melalui Sg. Golok. Merupakan Bandar kedua terbesar di Kelantan pada sekitar 1990 an sebelum ianya diambil alih oleh Tanah Merah. Namun keadaan ini tidak menghalang Pasir Mas untuk berkembang dan selaras perkembangan itu, satu program dirancang untuk menjadikan Bandar Pasir Mas sebagai Bandar Selamat.

 1.2    Tujuan Laporan Cadangan

         i.    Untuk membendung dan mengurangkan masalah jenayah yang berlaku sekitar Bandar Pasir Mas

         ii.    Untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

1.3    Matlamat

Matlamat utama cadangan pemajuan ini adalah untuk menyediakan satu kawasan kediaman yang selamat, terancang, tersusun dan selesa untuk didiami. Dilengkapi dengan kemudahan awam dan infrastruktur semasa yang diperlukan untuk kawasan persekitaran dan pembangunan mendatang.  Fokus kepada mewujudkan :

        i.    Bandar yang bebas dari keganasan  merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

        ii.    Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
          
        iii.    Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

        iv.    Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

 1.4    Objektif

        i.    Melindungi keselamatan penduduk.

        ii.    Mewujudkan persekitaran Bandar Selamat.

       iii.    Meningkatkan kemudahan awam
    
   iv.    Mengurangkan jenayah

       v.    Mengurangkan kerosakan harta benda

       vi.    Menaiktaraf hidup penduduk

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  9