Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas serta Majlis Daerah Pasir Mas telah diadakan pada 12 Oktober 2010, bertempat di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan. Majlis ini telah dihadiri oleh YB. Dato' Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Datin Seri Setia Raja, YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan Datin, YB. Dato' Pengarah Tanah Dan Galian dan Datin serta Ketua-Ketua Jabatan di Pasir Mas dan juga penduduk setempat.
Seramai 20 orang golongan kurang upaya telah menerima bantuan duit raya yang disampaikan oleh YAB. Ketua Jajahan Pasir Mas pada satu Majlis Penyampaian Bantuan Duit Raya.
Majlis Daerah Pasir Mas secara tidak langsung juga terlibat di dalam majlis sambutan ini. Pihak majlis bertanggungjawab menyediakan juadah iaitu nasi beriani, nasi bukhari daging dan nasi bukhari kambing. Ianya dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak kakitangan MDPM.
Kakitangan MDPM yang terlibat dalam menguruskan juadah.
Kakitangan MDPM sedang sibuk menguruskan juadah yang ingin dihidangkan.
Perbincangan diantara staf MDPM
Para hadirin sedang mengambil juadah yang dihidangkan.
Para hadirin sedang menikmati juadah yang disediakan.