Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
Kandungan Jurnal Carian
BERITA

<<Kembali


Peningkatan Kadar Kematian Kes Demam Denggi di Seluruh Negara

 


Situasi kes demam denggi kian meningkat setiap hari di seluruh Negara. Majlis Daerah Pasir Mas menyarankan agar semua menjaga kebersihan persekitaran rumah dan juga pejabat supaya pembiakan nyamuk Aedes boleh dihapuskan.

Apa itu Demam Denggi ?


  • Demam ini disebabkan oleh virus Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
  • Demam ini amat berbahaya kerana tiada ubat yang boleh merawatnya. Ia boleh membawa maut.
  • Orang yang sihat juga boleh terkena Demam Denggi melalui gigitan nyamuk Aedes.
  • Cara yang berkesan untuk mengawalnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tanda- Tanda Demam Denggi

  • Demam kuat mengejut.
  • Demam yang berlarutan.
  • Sakit kepala.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
  • Ruam merah di kulit.
  • Pendarahan pada bawah kulit, hidung dan gusi.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami muntah dan sakit perut.

Kenali nyamuk Aedes

  • Nyamuk Aedes senang dikenali melalui belang hitam putih di badan dan kakinya.
  • Ia biasanya mengigit mangsa pada waktu awal pagi dan senja.
  • Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam atau diluar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Dalam Rumah

  • Tangki pam air tandas.
  • Tempat simpanan air.
  • Pasu bunga.
  • Perangkap semut.
  • Takungan air peti sejuk.
  • Atau sebarang perkakasan/ perkara yang membawa kepada takungan air.

Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Luar Rumah

  • Tin-Tin dan botol yang terbuka.
  • Saluran air hujan.
  • Kolam air terbiar.
  • Tempurung kelapa.
  • Tayar terpakai.
  • Pasu bunga.
  • Bekas plastik.
  • Atau sebarang perkakasan/ perkara yang membawa kepada takungan air.

Tindakan Yang Boleh Dilakukan Dalam Pencegahan Demam Denggi

  • Tutup semua bekas penyimpanan air untuk mencegah nyamuk Aedes bertelur di dalamnya.
  • Tukar air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buang takungan air dalam pengalas pasu bunga.
  • Pastikan saluran air hujan tidak tersumbat untuk mengelakkan air dari bertakung.
  • Tanam atau masukkan semua bahan buangan yang boleh menakung air ke dalam beg plastik dan buang ke tempat yang disediakan.
  • Pastikan tayar-tayar terpakai tidak menakung air dimusnahkan.
  • Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% (1 sudu = 10gn bagi 20 gelen air) ke dalam bekas simpanan air tiap-tiap 3 bulan sekali.
  • Tidur di dalam kelambu bagi mencegah gigitan nyamuk Aedes.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa dengan melakukan semburan aerosol.
  • Memasang jaring perangkap nyamuk pada jendela rumah.
  • Menyelenggara tempat-tempat takungan air.

Rujukan : Template Bahaya Demam Denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.