Pendekatan baru kerajaan dalam mengembangkan penjagaan kesihatan melalui rantaian klinik 1Malaysia telah dilancarkan merentasi 13 buah negeri di Malaysia. 50 klinik-klinik 1Malaysia yang telah ditubuhkan di seluruh negara akan menyediakan pemeriksaan perubatan normal kepada pesakit dan menawarkan rawatan untuk penyakit-penyakit biasa seperti demam, batuk dan selesema dan rawatan lanjutan untuk kencing manis terkawal, tekanan darah tinggi dan asma serta prosedur pembukaan balutan dan jahitan pada kos minimum RM1.