Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
ARKIB

<<Kembali

Pemeriksaan kesihatan cegah penyakit dari awal

LATI – Pemeriksaan Kesihatan berupaya mencegah penyakit kerana melakukannya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kesihatan kita sama ada mempunyai penyakit atau sebaliknya.

 Pegawai Perubatan Swasta, Dr Athirah Abdul Rahim, 27, berkata, pemeriksaan kesihatan merupakan salah satu langkah produktif untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang kerana ia boleh dikesan dengan segera.

Menurutnya, penyakit seperti darah tinggi, darah rendah, kolesterol dan kencing manis boleh dikesan dalam masa yang singkat kerana kini sudah terdapat teknologi dan peralatan canggih.

“Kita berharap orang ramai dapat menghadiri ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka dengan lebih lanjut.

“Mereka tidak seharusnya takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana ia akan merugikan diri sendiri, malah kemungkinan penyakit dihidapi akan merebak dengan begitu cepat sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Dr Athirah berkata, dengan kecanggihan teknologi pada hari ini merupakan satu peluang kepada masyarakat untuk mencegah penyakit daripada terus merebak dan yang pasti mereka hendaklah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan mereka.

 “Masyarakat semakin maju dan keadaan atau corak pemakanan juga turut berubah menyebabkan pelbagai penyakit timbul akibat sikap pemakanan manusia yang tidak terancang.

 “Pemakanan tidak seimbang memberikan tindak balas segera dan menyebabkan penyakit cepat berlaku kerana sistem imunisasi dalam tubuh manusia tidak dapat menerima makanan yang dicemari,” katanya.

 Menurutnya, golongan warga emas merupakan mereka paling utama perlu membuat pemeriksaan kesihatan kerana pada usia mereka mudah untuk mendapat penyakit.

 “Anak-anak perlu membawa orang tua mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali sebulan supaya tahap kesihatan mereka sentiasa stabil dan normal,” katanya.