Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
Kandungan Jurnal Carian
ARKIB

<< Kembali

 


E-PBT    E-PBT


Pengenalan


JKT telah melaksanakan program Smart Local Government Governance Agenda (SLGGA) bermula tahun 2002. Objektif SLGGA adalah seperti berikut:

1.    Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat oleh PBT melalui ICT;
2.    Membangunkan dan menjana PBT ke arah mesra rakyat;
3.    Merapatkan jurang perbezaan ICT antara PBT;
4.    Menaikkan taraf PBT supaya telus, bertanggungjawab, cekap berkesan dan cepat bertindak; dan
5.    Memaksimumkan kegunaan sumber melalui budaya “Perkongsian Pintar” antara PBT.

JKT (Jabatan Kementerian Tempatan) bersama-sama MAMPU dan BTM, KPKT telah membangunkan Sistem ePBT yang menggunakan kombinasi konsep ‘Client-Server’ dan Web bermula 2006. Sistem ePBT berfungsi untuk melaksanakan fungsi dan tugasan bagi semua jabatan dalam PBT dengan dilengkapi komponen yang bercirikan MIS (Management Information System), Business Process, Workflow dan DSS (Decision Support System).

Sistem telah siap dibangunkan pada Mac 2007 dan diguna pakai secara perintis di 6 PBT di 2 buah negeri iaitu :-

Negeri Perak

(a) Majlis Perbandaran Manjung
(b) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
(c) Majlis Daerah Kinta Selatan

Negeri Sembilan

(a) Majlis Perbandaran Port Dickson
(b) Majlis Perbandaran Nilai
(c) Majlis Daerah Jelebu

Pada masa ini perintis kepada perlaksanaan ePBT  di negeri Kelantan adalah Majlis Daerah Bachok.Manakala status di MDPM adalah di peringkat proses perlaksanaan.Proses ePBT yang boleh dilaksanakan pada peringkat ini hanya melibatkan proses pengurusan dalaman sahaja.

 - Objektif utama perlaksanaan Program ePBT adalah sperti berikut.

 - Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran PBT selaras dengan kemajuan pembangunan negara.

 - Meningkatkan perlaksanaan system penyampain perkhidmatan PBT dengan menggunakan kemudahan ICT yang dikemaskini.

 - Meningkatkan keupayaan PBT dalam menyediakan perkhidmatan keperluan pelanggan.

Rujukan :  http://jkt.kpkt.gov.my