Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
ARKIB

<< Kembali

 

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) - Sungai Golok yang tenang sejak beberapa hari lepas, gempar seketika pagi semalam apabila dua butir bom dilaporkan meletup berhampiran Jambatan Muhibah yang menghubungkan Sungai Golok dan Rantau Panjang di sebelah Kelantan.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia) itu menyebabkan tiga daripada enam pos pemeriksaan baru di Pusat Pemeriksaan dan Kuarantin (CIQ) di sini musnah.

Selang 15 minit kemudian, pos terbabit digegarkan kembali dengan bom yang kedua menyebabkan laluan sibuk di jambatan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bagi tujuan pemeriksaan yang lebih ketat dilakukan.

Enam pos baru itu bagaimanapun masih belum beroperasi dan jarak antara pos sedia ada hanyalah kira-kira 100 meter.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku kerana ketika itu tiada sebarang kenderaan yang sedang melalui pos berkenaan.

Sejurus kejadian, pihak keselamatan negara jiran percaya terdapat sebutir lagi bom yang masih aktif berhampiran tempat kejadian.
Namun selepas dua jam pemeriksaan dijalankan, pihak keselamatan berpuas hati tiada lagi bom ditemui dan kemudiannya
membenarkan laluan sibuk itu dibuka seperti biasa.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan berada berdekatan tempat kejadian kerana khuatir berlaku lagi letupan bom. Jambatan Muhibah itu dibuka untuk laluan bermula pada 6 pagi dan ditutup pada 10 malam setiap hari.

Halaman: 1  2