Pada 16/06/2011 Majlis Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan satu program yang dikenali sebagai TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) di pejabat MDPM. Tujuan utama proram ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan yang mendalam kepada peserta tentang bahaya penggunaan dadah serta kesannya. Program ini melibatkan seramai 50 orang kakitangan dari MDPM, 8 orang kakitangan dari AADK serta 1 orang kakitangan dari PDRM Pasir Mas. Ceramah bagi program ini telah disampaikan oleh SM Che Roni, wakil daripada PDRM Pasir Mas. Program tersebut bermula pada pukul 8 pagi ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.