|
|
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman |
|
Soalan: Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? Jawapan: Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Soalan: Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT? Jawapan: Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT. Soalan: Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa? Jawapan: Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.
Halaman:
1 2
|
||