Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
W3C Utiliti Laman
Flash Banner <a href=""> "Majlis Daerah Pasir Mas Flash Banner"</a>
Kandungan Jurnal Carian
ARKIB

<< Kembali

 

PASIR MAS - Sukaneka rakyat pertama kali diadakan di Kampung Tok Sangkut memupuk keakraban dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Perkara itu diakui seorang penduduk, Hassan Abdullah, 56, bahawa ia mampu merapatkan hubungan dan memisahkan jurang yang ada kerana berbeza fahaman politik. “Melalui program tersebut, kita bersatu seperti sebuah keluarga di samping memudahkan dan membantu dalam memberikan suasana baru komuniti kampung ini,” katanya.
Katanya, program seperti itu perlu diteruskan agar menjadi ikutan kepada generasi muda dalam menerajui komuniti pada masa hadapan. Bagi Rabetah Chik, 45, program tersebut merupakan julung kali diadakan kerana sebelum ini tidak ada sukaneka yang melibatkan pelbagai golongan dalam satu majlis. “Saya gembira adanya majlis seperti ini kerana selain dapat merapatkan hubungan, aktiviti bersenam dan beriadah bersama keluarga serta jiran tetangga dan ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut pengerusi KRT kawasan itu, Mohd Yusuf Abas, program tersebut pertama kali diadakan setelah lebih dari dua tahun KRT ditubuhkan di situ. Beliau berkata, semangat kerjasama yang dipupuk menerusi program itu membolehkan kawasan kampung dapat dibangunkan secara berkumpulan tanpa melibatkan mana-mana fahaman politik. “Saya bangga majlis ini dapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tanpa memikirkan faha-man yang berbeza, malah ini merupakan perkembangan baik untuk pembangunan dan kesejahteraan kampung ini sendiri.
“Saya berterima kasih kepada penduduk kampung yang menyertai program ini kerana walaupun hujan dan sibuk dengan persediaan banjir tetapi masih lagi berusaha untuk hadir,” katanya.
Pada program tersebut, sebanyak 10 acara sukaneka disediakan dan ia dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memastikan mereka dapat mengenali penduduk setempat dan bekerjasama dengan mudah serta melibatkan semua peringkat umur.

Program yang dianjurkan KRT Tok Sangkut itu adalah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dihadiri lebih 300 penduduk setempat. Selain daripada program sukaneka, mereka juga mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan dan sekitarnya. Turut hadir, Setiausaha Kese-lamatan negeri Kelantan, Mohd Roslee Mamat yang hadir bagi menyampaikan hadiah kepada peserta.